jump to navigation

Kemalangan di Taman Melawati MRR2 April 13, 2008

Posted by Hairi in Tak Terduga.
add a comment

Sememangnya kemalangan adalah sesuatu yang tidak pernah diminta oleh sesiapapun. Ianya terjadi secara tiba-tiba mengikut kehendak dan ketentuan Ilahi. Oleh yang demikian, sebagai manusia kita seharusnya lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku dalam kehidupan seharian kita. Bak kata orang tua-tua, “Sediakan payung sebelum hujan”.

14-04-08.jpg

Pada hemat saya, pemandu kereta berkenaan berkemungkinan besar mengantuk atau terlelap semasa memandu yang menyebabkan dia terbabas dan menaiki pembahagi jalan. Kemalangan ini telah menyebabkan kesesakkan lalulintas yang teruk dikedua-dua arah.

Kemalangan Lagi… March 21, 2008

Posted by Hairi in Uncategorized.
add a comment

Kemalangan yang berlaku di MRR2 dari Gombak ke Melati. Melibatkan sebuah kereta kancil sehingga kereta terbalik…

Keadaan Pemandu dan penumpang tidak diketahui. Kemalangan telah menyebabkan Lebuhraya MRR2 sesak teruk..

kancil.jpg

Keadaan kereta yang telah dibetulkan, kelihatan minyak silinder masih mengalir keluar dari bonet hadapan. Mutu gambar kurang memuaskan kerana diambil dalam hujan.

Kemalangan yang tidak Terduga March 20, 2008

Posted by Hairi in Uncategorized.
add a comment

Tidak ada seorang pun diantara kita manusia yang waras menginginkan berlakunya sesuatu kemalangan atau bencana menimpa diri sendiri dan keluarga…

Namun malang tidak berbau…dibawah antara kemalangan yang berlaku untuk ingatan kita bersama…

MRR2 Flaminggo.jpg

Berlaku selepas fly over MRR2 selepas hotel Flaminggo dari Pandan Indah.

MRR2 Melati.jpg

Berlaku di MRR2 dari Gombak ke Melati.

Sri Gombak.jpg

Berlaku dibawah MRR2 di Gombak

Selamat Menyambut “Maulidur Rasul” March 20, 2008

Posted by Hairi in Uncategorized.
add a comment

Kepada semua pengunjung blog ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Menyambut Maulidur Rasul”. Marilah kita berbanyak berselawat ke atas Baginda Rasululluh S.A.W sempena hari keputeraan baginda ini.

Hukum Insuran Konvensional Dan Pelaburan Islam March 18, 2008

Posted by Hairi in Uncategorized.
add a comment

Hukum Insuran Konvensional

Dan Pelaburan Islam

SOALAN

Assalamualaikum ustaz,

Saya tercari2 artikel @ soal jawab mengenai hukum insurance tapi tak jumpa. Walaupun saya banyak dengar pendapat tentang insurans haram, namun saya perlukan pendapat dari ustaz yang lebih pakar dalam hal ini dari sudut teknikal/syariah.

Apakah hukum insurans sebenarnya? Apakah syarikat xxxxxx sbg contoh, melaburkan sebahagian premium ke dalam dana berlandaskan syariah boleh dianggap islamic? Atau boleh ustaz simpulkan supaya saya dapat memulakan pelaburan yg diredhai Allah.

Terima kasih.

Budiman Abd. Rahman.

JAWAPAN UST ZAHARUDDIN

Memang terdapat ulama yang mengatakan insuran halal, tetapi di ketika wujudnya Takaful, pandangan minoriti itu tidak lagi boleh dipakai Secara ringkasnya, perbincangan hukum insuran telah dibincangkan begitu panjang lebar oleh para ulama’ tertutamanya di kalangan ulama’ Timur Tengah. Oleh kerana sistem Insuran ini suatu ciptaan yang dikira baru menurut zaman iaitu disekitar tahun 1666 m di London, sistem ini hanya menembusi dunia Islam Arab hanya sekitar 1830 M1. Ini dapat dilihat daripada fatwa pertama yang dikeluarkan oleh Al-Allamah Al-Syeikh Muhd Amin (Ibn ‘Abidin, wafat thn 1836 m @ 1252 H) Beliau merupakan fuqaha’ ulung bermazhab Hanafi di Syam dan dianggap cendikiawan Islam pertama yang mengeluarkan fatwa berkenaan Insuran. (Hasyiah Ibn ‘Abidin, Jilid 4, hlm 170)

Insuran Konvensional :

Ia adalah suatu kontrak perniagaan (business) dan termasuk dari kalangan Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu’awadat Maliah). Dimana ia mewajibkan syarikat Insuran membayar jumlah tertentu kepada pencarum insuran apabila berlaku beberapa jenis kemalangan @ musibah yg telah ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar-kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum. [1]

Kontrak Insuran ini mengandungi ciri-ciri berikut :

1. Redha di kedua-dua pihak (iaitu syarikat Insuran dan Pencarum). Ia ibarat satu kontrak perjanjian yang lengkap dan mengandungi aspek ijab & qabul.

2. Pihak yang memberi insuran ; Iaitu pihak syarikat Insuran.

3. Pencarum; iaitu individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat penjanjian dengan syarikat Insuran.

4. Yang menerima manfaat ; Iaitu seperti anak kepada individu atau isteri dan lain-lain.

5. Kebahayaan @ musibah ; Iaitu jenis-jenis musibah @ kemalangan yang diandaikan yang ditentukan di dalam kontrak, seperti kecurian, kebakaran, kecederaan, kematian dan lain-lain.

Bentuk Insuran ini adalah seperti :- Insuran Terhadap Musibah Menimpa Tubuh, Insuran Nyawa, Insuran Harta dan pecahannya (kereta, motor, rumah dan lain-lain), Insuran Kemalangan Jalanraya, Insuran Kerja dan lain-lain.

SALAH SATU SEBAB UTAMA INSURAN KONVENSIONAL MENJADI HARAM ADALAH RIBA

Ia adalah satu perbincangan ‘ilmiah dan sebenarnya memerlukan ‘basic knowledge’ tertentu yang agak kukuh untuk memahaminya dengan sempurna, bagaimanapun penulis akan cuba memudahkan dalil-dalil ini demi memberikan kefahaman semaksimum mungkin di kalangan pembaca. Selebihnya perlulah pembaca melakukan kajian dan rujukan kepada ilmuan Takhassus Fiqh di Universiti-universiti bagi mendapatkan penjelasan dengan lebih terperinci.

Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dalam bab ini, pembaca mestilah mempunyai ilmu asas berikut :-

a) Pembahagian kepada Aqad Mu’awadat (Pertukaran) & Tabarru’ah (Derma @ Sumbangan)

b) Riba & pembahagiannya

c) Syarat jual beli dalam Islam.

Menurut majoriti kumpulan ilmuan dan ulama Islam, Insuran konvensional ini adalah haram kerana terdapat Unsur Riba yang jelas di dalamnya. [2]

Huraian :- Riba jelas wujud, apabila syarikat insuran membayar jumlah tertentu kepada si pencarum yang terkena musibah. Ia dianggap riba kerana wang (dari pencarum) berbalas wang (dari syarikat) dengan jumlah yang berbeza, padahal wang merupakan item ribawi (usurious items) sebagaimana enam (6) item yg telah disebutkan Nabi di dalam hadithnya.

Nabi SAW telah mensyaratkan dengan jelas dan terang, apabila bermu’amalah di antara dua item ribawi yang sama jenis (contoh di sini adalah wang RM dari pencarum dengan wang RM dari syarikat insuran), ia mestilah terikat dengan syarat:

a. Sama Nilai (mathalan bi mathalin)

b. Diserahkan di ketika mu’amalah di lakukan. (yadan diyadin)

Syarat ini bersumber dari hadith :

” Jangan kamu jual emas dgn emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jgn kamu melebihkan salah satu darinya di atas yg lain..” ( Al-Bukhari & Muslim)

” Jangan kamu jual emas dgn pulangan emas, perak dengan pulangan perak kecuali (mestilah ia) dlm timbangan yg sama, nilaian yg sama..(Muslim)

Maka setiap perbezaan nilai (dalam item ribawi) di anggap Riba al-Fadl yang diharamkan (Tahrim Wasail). Apabila pencarum mendapat pulangan wang dengan jumlah berbeza maka berlakulah Riba al-Fadl ini. Iaitu TIDAK ADA KESAMAAN NILAI DALAM URUSNIAGA DUA ITEM RIBAWI.

Manakala pembayaran bertangguh dalam dua barangan Ribawi adalah Riba An Nasi’ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dlm al-Quran. Dalam hal insuran sudah tentulah berlaku penangguhan, iaitu apabila pencarum terkena musibah barulah akan dibayar jumlah tertentu. Inilah dinamakan Riba An-Nasiah. Prof. Dr Muhd Baltaji ( ulama besar di Univeristi Al-Qaherah – telah meninggal dunia) menjelaskan bahawa kontrak insuran ini sama sekali tidak boleh lari dari Riba An-Nasiah ini. Beliau juga menegaskan bahawa mana-mana hujah untuk lari dari anggapan riba ini adalah suatu helah yg tidak sah menurut pandangan syarak [3]. Justeru Insuran mempunyai kedua-dua jenis Riba.

Walaupun adakalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan dari carumannya bahkan hanya untuk merasa lebih selamat terhadap keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dan sebagainya, tetapi ia tetap dianggap Riba. Zahir urusniaga insuran tadi cukup untuk mengkategorikan ia sebagai riba, walaupun maksudnya tidak selari dengan riba yang sebenarnya (iaitu mencari untung). Berapa banyak kes yang telah ditemui, terdapat individu yang sengaja membakar kilangnya akibat perniagaan yang rugi bagi meraih wang insuran, pembunuhan ahli keluarga untuk mendapatkan wang insuran bernilai jutaan RM dan lain-lain.

Riba juga boleh berlaku dengan sangat jelas apabila wang caruman tersebut diperniagakan oleh syarikat insuran konvensional di dalam syarikat lain dengan kadar faedah tetap yang diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah), atau mana-mana syarikat yang bermu’amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang caruman tadi hasil simpanan wang tadi. Malah lebih teruk kiranya, syarikat insuran meletakkan wang itu di dalam syarikat yang melakukan urusniaga haram seperti arak, judi dan lain-lain.

SEBAGAI KESIMPULAN RINGKAS HURAIAN BAGAIMANA INSURAN KONVENSIONAL MENJADI HARAM ADALAH

Jawabnya, aqad adalah perkara utama yang diubah dalam hal ini. Insuran konvensional menggunakan aqad pertukran milik harta (Aqad Mu’awadat Maliah) yang mana ia menyebabkan ia dikira sebagai aqad jual beli. Maka sebagaimana yang perlu kita fahami, aqad jual beli memerlukan kejelasan dalam :

•1) Penjual

•2) Pembeli

•3) Benda yang dijual

•4) Harga

Dalam konteks insuran konvensional ia seperti berikut :-

Penjual : Syarikat insuran

Pembeli : Pencarum

Benda yang dijual : Jaminan kewangan jika terhadap musibah tertentu.

Harga : RM xxx setahun.

Dari empat rukun jual beli tersebut syarikat Insuran mempunyai masalah dalam bab benda yang dijual. Ini kerana apabila si pembeli membeli jaminan wang, ia dikira pertukaran matawang RM dengan RM. Ketika itu ia sepatutnya menuruti syarat yang telah ditetapkan oleh Baginda SAW iaitu serah terima dan jumlah yang sama. Bagaimanapun, hal ini sudah tentu tidak akan berlaku, kerana :-

  • a) Si pembeli (pencarum) akan meletakkan wangnya hari ini, dan jumlah RM jaminan itu pula hanya akan diberikan kemudian. Ini menyebabkan para ulama menganggapnya sebagai Riba Nasiah.

  • b) Si pembeli juga tidak tahu beraparakah nilai jaminan yang bakal diperolehinya. Walaupun nilaiannya telah dinyatakan dalam skim insuran ini, tetapi keperluan aqad jual beli memerlukan si pembeli mengetahui dengan tepat berapakah nilai yang akan diperolehinya. Maka sudah tentu ini tidak akan dapat diberitahu oleh syarikat kerana musibah belum berlaku. Justeru, di sini pula ia di anggap ‘Gharar’. Malah gharar juga dari sudut pembeli yang tidak pasti adakah tahun itu ia akan berlaku kemalangan dan memperolehi benda yang dibelinya.

  • c) Ia dianggap judi pula, kerana ia mempunyai elemen pertaruhan, iaitu meletakkan sejumlah wang bagi memperolehi sesuatu yang tidak pasti, dengan risiko wang yang diletakkan hangus atau tidak dikembalikan.

Pengharaman Insuran Konvensional ini tekah disepakati oleh para ulama antaranya :-

a. As-Syeikh Al-Allamah Muhd Amin Ibn Abidin (1836 M)

b. As-Syeikh Al-Imam Muhd Abu Zuhrah (Meninggal tahun 1972 M, Prof Syari’ah di Univ. Kaherah, dianggap ulama’ terulung dlm Ilmu Fiqh)

c. As-Syeikh Al-Imam Muhd ‘Abduh (menurut qawl yg lebih shohih)

d. As-Syeikh Muhd Bukhait al-Mut’ie (Bekas Mufti Mesir, meninggal 1935 M )

e. As-Syeikh Al-Allamah Ahmad Ibrahim al-Husayni (Fuqaha’ terulung Mesir & dianggap mujaddid Fiqh Mesir)

f. As-Syeikh Najm al-Din al-Wa’iz (Bekas Mufti Iraq)

g. As-Syeikh Muhd al-Ahmadi al-Zawahiri (Bekas Syeikh al-Azhar)

h. As-Syeikh Salim Matar al-Bisyri (Bekas Syeikh al-Azhar)

i. As-Syeikh Hasunah an-Nawawi (Bekas Syeikh al-Azhar)

j. As-Syeikh Abd Rahman Mahmud Qara’ah (Bekas Mufti Mesir)

k. As-Syeikh Prof. Dr Yusoff al-Qaradhawi (Ulama’ dan Da’ie terkemuka di dunia Islam hari ini, Prof. Syarih di Univ. Qatar)

l. Prof. Dr. Muhd Ali Salus (Prof. Fiqh di Univ. Qatar)

m. Prof. Dr. Muhd Othman Syabir (Prof. Fiqh di Univ. Jordan & Qatar)

n. As-Syeikh Prof. Dr Muhd Baltaji (Prof di Univ Kaherah kini, di anggap Fuhaqa’ teralim di ketika ini)

o. As-Syeikh Dr. Abdullah al-Qalqili (Bekas Mufti Jordan)

p. Prof. Dr Muhd Sulaiman Asyqar (Prof. Fiqh di Univ. Jordan & Ulama’ terkenal di Jordan kini)

q. Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli (Prof. Di Univ. Damshiq Syria, Ulama’ terkenal di dunia)

Perlu diingat bhw beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan para ulama’ terulung di seluruh dunia di beberapa kali diadakan, Kontrak Insuran juga telah diperbincangkan oleh mereka. Antara muktamar yg telah dilaksana :

1. Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali Pertama tahun 1976 M di Mekah. Peserta hampir 200 para ulama, Prof Syariah dan tokoh2 ekonomi.

Insuran adalah salah satu topik perbincangan mrk. Keputusan mrk adalah INSURAN JENIS PERNIAGAAN (KONVENSIONAL) ADALAH HARAM. Sebab utamanya adalah Riba & Gharar.

2. Majlis Kesatuan Ulama’ Besar bermesyuarat pada tahun 1977 M, di Arab Saudi. Keputusan : Insuran jenis Perniagaan adalah Haram.

3. Majma’ al-Fiqh al-Islami al-’Alami (Kesatuan Ulama Fiqh Dunia) bersidang pada tahun 1979 M di Mekah al-Mukarramah, Keputusan Majoriti: Insuran Jenis Perniagaan HARAM samada ke atas Barangan Perniagaan , Nyawa dan lain2 drpd jenis harta.

4. Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma’ al-Fiqh al-Islami) sekali lagi bersidang pada 28 Disember 1985 di Jeddah, juga memutuskan sekali lagi pengharaman Insuran Jenis Perniagaan.

Majma’ Fiqh juga secara ijma’ mengharuskan insuran jenis kerjasama (ta’awuni) dan mencadangkan ia sbg alternatif insuran perniagaan dan diseru seluruh umat Islam menggiatkannya di negara masing.

Justeru, pendapat jumhur kelihatan terlebih kuat daripada pandangan kumpulan kecil fuqaha’. Amat sukar untuk mendapat kewajaran bagi individu biasa bg menfatwakan sebaliknya setelah diulas sebegitu

PELABURAN ISLAM DENGAN DUIT INSURAN KONVENSIONAL

Adapun soalan berkenaan dengan dana yang terkumpul oleh syarikat insuran itu serta di laburkan ke pelaburan Islam serta mempunyai penasihat Shariah. Bagi saya, telah saya jelaskan bahawa sebelum melabur kita kena melihat terdahulu cara duit terkumpul itu dahulu, samada sah atau tidak dari sudut Shariah. Maka dalam hal ini, syarikat insuran konvensional mengumpul duit itu dengan cara yang tidak sah, justeru tatkala itu, pelaburan Islamnya juga tiada banyak ertinya menurut Islam. Ia tidak dapat lari dari syubhat, ini kerana mungkin terdapat wang dari hasil selain kumpulan wang insurannya disertakan bersama. Wallahu ‘alam.

Analogi mudah, seorang yang mencuri duit dan kemudian melaburkannya di dalam pelaburan Islam. Tatkala itu, tiada ertinya lagi pelaburan Islamnya itu. Hanya mengurangkan sedikit dosa sahaja. Kerana jika ia melabur di tempat haram, maka dosanya akan berganda kerana 1) curi 2) Melabur tempat haram.

Sekian

Ust Zaharuddin

5 Mac 2007

15 Safar 1428



[1]‘Uqud at-Takmin, Dr. Jamal Hakim, Jld 1, hlm 33

[2] Rujuk Al-Mu’amalah al-Maliah, Dr Uthman Syabir, Dar al-Nafais, cet ke 4, hlm 118 ; Fiqh al-Islami wa adillatuhu, Dr. Wahbah Az-Zuhayli, Jld 5, hlm 3423

[3]Rujuk ‘Uqud at-Takmin, hlm 111

Comments

Perbezaan Insuran Konvensional dan Takaful March 18, 2008

Posted by Hairi in Uncategorized.
add a comment

Perbezaan Insuran

Konvensional & Takaful

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?

Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu’awadah Maliah’ yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru’at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.

Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.

Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-

  • a) Tabarru’ dan Mudarabah
  • b) Wakalah dan Tabarru

Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )

1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru’

Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju’alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.

2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah

Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru’, pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.

Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru’) atau (wakalah).

Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual ;-

Konvensional Takaful
Kontrak Mu’awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan Kontrak Tabbaru’ ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham) * Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.
* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan. Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran. Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari ‘surplus’ Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.

Demikian penerangan ringkas saya.

Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

17 Safar 1428 H = 7 Mac 2007

Comments
Written by MAA on 2008-03-09 03:00:46


Alhamdulillah…kita same2 diberi lagi kesempatan untuk mencari gali ilmu2 Allah SWT yg Maha Luas..
Ringkasnya, saya diberi amanah oleh Allah SWT untuk memberi penerangan dan membimbing wakil-wakil takaful di salah sebuah syarikat takaful tentang perjalanan takaful mengikut pandangan hukum syara’. Alhamdulillah..dari kajian saya bersama dengan sahabat seperjuangan di syarikat ini, membawa kepada penemuan dalil2 di atas..so, kita telah menyusun modul2 training kepada wakil2 kita dgn tujuan agar wakil2 ini memahami dgn sebenar2nye ttg “takaful”..tujuan umumnya adalah supaya wakil2 bukan shj hye mengejar komisen ttp lbh dr itu iaitu menghayati konsep takaful itu sendiri..
Wallahu A’lam…
Written by noor on 2008-02-29 20:30:18


salam.ustaz, saya ada sdikit kemusykilan.adakah produk insurans prubsn takaful benar2 menepati syarak?dketahui bahwa ustaz burhanuddin lukman juga merupakan salah sorg shariah committee nya.product ini sgt mnarik mmndangkan ianya dsertakan skali dgn kad perubatan/medicard. syukran..

UZAR : IA TELAH DISEMAK OLEH MAJLIS SHARIAH MEREKA, JUSTERU HARUS DIGUNAKAN

Written by adbausah on 2008-02-09 11:46:11


assalamualaikum..
boleh ustaz ulas tentang etiqa takaful
Written by Shahmuzir on 2008-02-01 11:28:15


Betul tu Wakil Takaful,
Memang tak ramai yang sanggup berkorban bab RM ni, melainkan benar2 kuat imannya.

Sebab tu dalam surah al-Baqarah 278, dalam menyuruh manusia meninggalkan saki-baki RIBA’ tu, ALLAH telah mulakan dengan:

“Wahai orang2 beriman…”

dan diakhiri dengan:

“…jika kamu orang2 yang beriman”.

Nak bagitau bahawa, hanya yang BERIMAN sahaja akan terkesan dengan ayat tu. Itupun kalau depa berimanlah… roll

waAllahu ta’ala a’lam.

SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
www.takafulonline.netnull

Written by wakil Takaful on 2008-01-31 07:58:35


SubhanaAllah.. sy sgt kagum dgn En Ridwan Rajendran Bin Abdullah kerana anda saudara baru (atau dah lama)dan kerana ISLAm anda sanggup kerugian wang ringit dimana anda tahu ganjaran PAHALA yg anda akan dpt berlipat2 kali ganda kerana berhenti dari bergelumang dgn RIBA.

TAHNIAH!!! sekalung Tahniah.. ini kerana sy adala wakil Takaful dan telah berjumpa agak ramai org.. dan saya tahu bukan mudah utk mereka berhenti (kerana pikirkan kerugian wang ringgit).

Alhumdulillah.. ini menguatkan semangat sy utk terus berjuang utk menghijrahkan seramai mungkin kepada Takaful dan muamalah ISLAM. Terima Kasih en Ridwan Rajendran Bin Abdullah … terima kasih

Written by mohd amirudin on 2008-01-28 22:02:42


Assalamualaikum ustaz…

Saya seorang ajen prudentialBSN Takaful. Sykt ini juga mempunyai panel syariah tersendiri.

Pertanyaan saya apakah pandangan ustaz terhadap takaful tersebut kerana prudential itu sendiri ada kaitan dengan berjaya group yang muskil pelaburannya. saya ikhlas untuk memberi pendedahan kepada orang islam kepentingan takaful.

Written by azrin on 2008-01-22 22:57:08


assalamualaikum w.m.b.
saya ada sedikit kemuskilan berkaitan dengan hukum membayar balik pinjaman pendidikan PTPTN yang mengenakan faedah 3% setahun, saya tidak tahu cara untuk mengelakkan dari shubahat membayar riba. dan saya juga ingin tahu bagaimana jika saya membayar jumlah faedah yang dikenakan dengan menggunakan wang faedah dari simpanan ASB saya yang mana diragui status faedah pelaburannya. adakah saranan ustad untuk saya menyelesaikan masalah ini , selain itu saya tidak terlibat dengan mana2 pinjaman bank dan juga pembelian secara ansuran, cuma saya ingin menukar insuran kenderaan saya kepada takaful sahaja, sekian terima kasih.
Written by Azlan on 2008-01-09 08:49:33


ustaz… tolong terangkan tentang medical card… adakah ianya sama dengan sama?

KOMEN UZAR : YE SAMA SAJA HARAMNYA KECUALI JIKA TIADA TAKAFUL MEDICAL KAD. DAN ANDA SGT MEMERLUKAN KERANA ADA SAKIT2 TERTENTU null

Ustaz, boleh ke ustaz elaborate siket pasal statement ustaz atas tuh. Medical card nih biasa diberi oleh company2 yg mengambil kite kerje utk meng’cover’ kite punye medical expenses. Saya kurang pasti kalau ade jenis Takaful, tapi kalau ade pon saya takde choice. Ikut ape yg company kasik. Lgpon adakah dikira ribawi kalau kad tuh digunakan utk membiayai perubatan sahaja dan tak ada pampasan berbentuk tunai. Lagi satu kad ini saya tidak bayar pon, diberi terus oleh syarikat kepada saya (tapi sykt bayar la kot). Minta maaf jika soalan keterlaluan. Terima kasih.

Written by yusry on 2007-12-06 07:48:57


assalamualaikum ustaz..saya ni perunding takaful.boleh ke saya letakkan no phone saya diruangan ini.supaya sesiapa tg berminat menghubung saya ?
Written by abe on 2007-12-05 19:55:21


apakah hukum insuran yang di buat oleh AmAnsurrance.. pelaburan AmCash..
Written by cik wariah on 2007-11-29 23:12:18


assalamualaikum

saya sampai sekarang masih tak jelas berkenaan takaful dengan konvensional, kenapa insuran seperti prudential menggunakan “takaful” jika cara kendalian bukan cara islamic? bagaimana juga boleh diluluskan sehingga ramai antara ahlinyya adalah dikalangan orang islam

Written by mnts on 2007-11-23 07:41:26


Ustaz bagaiman pula dgn insurans Takaful Nasional?
Sistem insurans takaful ini disertakan dgn simpanan skali.
Insurans cover tanpa mengusik simpanan.

KOMEN UZAR : TAKAFUL NASIONAL TELAH DI SAHKAN HALAL OLEH MAJLIS SYARIAH MEREKA.

Written by Ridwan Rajendran Bin Abdullah on 2007-11-22 07:15:51


Baru baru ini saya telah mengambil keputusan untuk mematikan insuran nyawa (surrender policy) MAA saya yang bernilai $200 000.Ini kerana saya takut akan murka Allah kelak.Insuran ini telah saya beli sebelum saya memeluk agama Islam.Saya telah bayar premium sebanyak lebih kurang $40 000 (RM$4000 setahunX10 tahun).Selepas mematikan insuran ini,MAA akan hanya membayar balik $11 000.Jadi saya telah hilang lebih kurang $29 000.
Saya juga telah mematikan insuran pendidikan anak dari Asia Life dengan hanya mendapat balik wang premium saya $5000.Dan saya akan juga mematikan insuran Great Eastern saya nanti.Saya akui memang akan kerugian banyak (kehilangan duit premium yang saya telah bayar)dan juga ditanya oleh kerani insuran kenapa saya nak matikannya,saya cuma jawab ini soal agam saya iaitu Islam yang mengharamkan Insuran dan saya lebih takut kepada azab yang akan menimpa saya kelak jika saya tidak membatalkannya.
Sekarang hati dan fikiran saya tenang dan berdoa agar Allah s.w.t akan memaafkan kesalahan saya yang lalu.ASB pon telah saya hentikan dulu lagi.Duit yang ada semua nya dalam akaun Mudharabah sahaja.
Written by khairul akmak bin dato jefri(p on 2007-11-19 18:44:43


askum usatz saya perlajar salah sebuah kolej di ibu kota.saya ingin menghatahui lebih lanjut tenteng perisip perbank islam.bolehkah ustaz terangkn dgn lebih lanjut
Written by mee on 2007-11-16 16:36:04


ustaz… tolong terangkan tentang medical card… adakah ianya sama dengan sama?

KOMEN UZAR : YE SAMA SAJA HARAMNYA KECUALI JIKA TIADA TAKAFUL MEDICAL KAD. DAN ANDA SGT MEMERLUKAN KERANA ADA SAKIT2 TERTENTU

Written by Rohitz on 2007-11-06 08:27:12


Assalamualaikum wbt,

Bagaimana pula operasi takaful yang dikendali oleh syarikat antarabangsa seperti contoh HSBC dan Prudential. Mereka juga mempunyai lesen takaful oleh Bank Negara Malaysia.

Wassalam

JWPN UZAR : MESTILAH.

Written by Mohamad Haswardi bin Morshidi on 2007-10-04 17:14:34


Assalamualaikum…

Penerangan ustaz amat meyakinkan.. dulu pernah seorang penjual insuran konversional menimbulkan isu bahwa sebab sistem takaful diimplimintasi di Malaysia semata-mata adalah bagi menolong kaum kita iaitu islam dan memberitahu insuran dan takaful adalah perkara yang sama.

Selepas penerangan di atas saya telah faham mengapa ianya berbeza.. Terima kasih

email:
//
//

<!–
var prefix = ‘ma’ + ‘il’ + ‘to’;
var path = ‘hr’ + ‘ef’ + ‘=’;
var addy92259 = ‘mykoop’ + ‘@’ + ‘yahoo’ + ‘.’ + ‘com’;
document.write( ‘<a ‘ + path + ‘\” + prefix + ‘:’ + addy92259 + ‘\’>’ );
document.write( addy92259 );
document.write( ‘<\/a>’ );
//–>
//
//
This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it

Written by yusmeera on 2007-09-20 23:01:46


aslmkm. ( deleted by admin agar orang tak pergi melawat web fitnah yang diberikan)

Sesungguhnya fitnah di mana-mana. NEVER SUBMIT!

Written by mohd shukri on 2007-09-18 16:39:46


Boleh tak kiranya ustaz tolong jelaskan kepada saya bagaimana sesebuah syarikat takaful itu mendapatkan modal awal untuk memulakan perniagaan?

Bagaimana untuk menjamin bahawa modal awal tersebut adalah bersih dari unsur-unsur yang tidak diingini?

email saya :
//
//

<!–
var prefix = ‘ma’ + ‘il’ + ‘to’;
var path = ‘hr’ + ‘ef’ + ‘=’;
var addy20763 = ‘lavista75′ + ‘@’ + ‘yahoo’ + ‘.’ + ‘com’;
document.write( ‘<a ‘ + path + ‘\” + prefix + ‘:’ + addy20763 + ‘\’>’ );
document.write( addy20763 );
document.write( ‘<\/a>’ );
//–>
//
//
This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it

KOMEN UZAR : SILA GUNAKAN FUNGSI SEARCH DI WEB INI DAN TAIPKAN KEYWORD “MODAL” , PASTI ANDA AKAN JUMPA TAJUK DAN JAWAPANNYA.

Written by ahmad shukri on 2007-09-04 21:25:34


//
//

<!–
var prefix = ‘ma’ + ‘il’ + ‘to’;
var path = ‘hr’ + ‘ef’ + ‘=’;
var addy17912 = ‘mdesbgjaya’ + ‘@’ + ‘yahoo’ + ‘.’ + ‘com’ + ‘.’ + ‘my’;
var addy_text17912 = ‘mdesbgjaya’ + ‘@’ + ‘yahoo’ + ‘.’ + ‘com’ + ‘.’ + ‘my’;
document.write( ‘<a ‘ + path + ‘\” + prefix + ‘:’ + addy17912 + ‘\’>’ );
document.write( addy_text17912 );
document.write( ‘<\/a>’ );
//–>
//
//
This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it

)

bercadang nak jemput ustaz untuk mengajar di masjid darul ehsan subang jaya, atau sekurang-kurangnya mengadakan ceramah berkaitan kewangan islam.

ADMIN : SILA HUBUNGI USTAZ DI NOMBOR 032079 1000

Written by Zaid B Sahlan on 2007-08-27 22:48:19


Teruskan usaha anda….

Dipetik dari Laman Web: http://www.zaharuddin.net/

Mufti Perak – Insurans Nyawa/Hayat selain Takaful adalah HARAM March 13, 2008

Posted by Hairi in Uncategorized.
add a comment

Ahli Lembaga Pengawasan Syariah Takaful eTiQa February 27, 2008

Posted by Hairi in Uncategorized.
add a comment

Berikut merupakan Ahli Lembaga Pengawasan Syariah Takaful eTiQa yang dilantik khusus untuk memantau dan memastikan pihak pengurusan Takaful sentiasa mengikut syarak dan tuntutan Islam samada untuk mewujudkan Pelan-pelan baru, Pelaburan dan semuanya.

Dato’ Seri (Dr) Haji Harussani bin Haji Zakaria (Chairman)

Assistant Professor Dr. Ismail bin Mohd @ Abu Hassan

Assistant Professor Dr Mohammad Deen bin Mohd Napiah


Technorati :

Mengapa perlu Takaful? February 27, 2008

Posted by Hairi in Uncategorized.
add a comment

Takaful atau dalam bahasa kini boleh ditafsir sebagai Islamic Insurance. Ianya meliputi bukan sahaja perlindungan tetapi juga merupakan pelaburan dan simpanan kita untuk waktu-waktu mendatang. Sebagai seorang Islam kita wajib menyakini bahawa segala konsep dan pengajaran yang dibawa oleh Islam adalah yang terbaik buat kita samaada untuk terus hidup ataupun untuk menempuh alam kematian.

Mungkin pada waktu dulu, masih tiada cendikiawan Islam yang mendalami konsep dan seterusnya memperkenalkan konsep ini, tetapi kini Takaful adalah merupakan salah satu keperluan dalam hidup kita untuk bekalan hari akan datang yang masih tidak kita tahu hitam putihnya. Pada masa dulu ramai diantara orang-orang Islam mengunapakai konsep-konsep yang diperkenalkan oleh barat yang mana mengandungi perlbagai unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam yang kita anuti. Namun oleh kerana tidak wujud konsep insuran Islam pada masa itu, ianya boleh dianggap sebagai darurat dan tiada pilihan demi masa depan keluarga.

Dalam Islam, Rasulullah S.A.W amat mengambil berat kepada perlindungan, Baginda telah memperkenalkan Khirat Kematian demi untuk meringankan beban ahli keluarga Si Mati dalam menguruskan jenazah. Kita juga disaran supaya tidak mengambil mudah berkenaan nasib yang bakal ditanggung oleh ahli keluarga kita apabila kita sudah tiada kelak atau sudah hilang upaya nanti. Nasib ahli keluarga kita perlu kita sediakan dengan bekalan kepada mereka demi untuk mereka menjadikannya sebagai sumber saraan sementara untuk mengatur semula punca pendapatan keluarga kelak.

Kini, orang Islam wajib untuk menolak semua konsep atau sistem perlindungan lain khususnya konvensional. Ini kerana konsep perlindungan yang diamalkan oleh pihak insuran adalah konsep yang telah dibawa masuk dari negara barat dan mempunyai unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam, Orang Islam yang beriman seharusnya meninggalkan sistem insuran lama ini dan terus berhijrah untuk menggunakan konsep Islam yang halal dan lebih menguntungkan iaitu Takaful.

Mengapa Takaful?

Takaful merangkumi kesemua elemen-elemen untuk meningkatkan dan membantu ekonomi sesebuah keluarga, dengan Takaful anda boleh membuat perlindungan kepada keluarga jika ditimpa musibah dan hilang upaya. Jika berlaku sesuatu kematian, nasib dan masa depan ahli keluarga terbela tanpa melalui keadaan putus punca pendapatan keluarga yang mendadak dan mengejut.

Dengan Takaful anda juga akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti pelaburan walaupun secara tidak langsung. Wang sumbangan anda akan dilaburkan ke organisasi-organisasi dan perniagaan-perniagaan tertentu yang disahkan halal oleh Badan Pengawasan Syariah yang dilantik untuk tujuan mengawasi segala proses Takaful supaya tidak terpesong dari landasan Islam yang Suci.

Selain itu, wang sumbangan kita akan bertindak sebagai simpanan hari tua kita. Setelah mencapai sesuatu tempoh yang ditetapkan, iaitu tempoh perjanjian yang dipersetujui, dan anda tidak terlibat dalam sebarang kemalangan dan tidak berlaku kematian, maka wang anda akan dikembalikan mengikut syarat dan terma yang ditetapkan. Ini telah memberikan satu sumber untuk kita menampung kehidupan hari tua kita dengan hati yang lapang dan lega. Semuanya hasil dari tindakan anda sekarang menyertai Takaful.

Sesungguhnya konsep Takaful bukan merupakan sistem yang menyusahkan penyumbangnya tetapi bertujuan untuk membantu orang Islam khususnya untuk hidup lebih sempurna pada masa-masa mendatang. Sehingga bersambung..

Sekian.


Technorati :

Apa itu Takaful? February 27, 2008

Posted by Hairi in Uncategorized.
add a comment

Apa itu Takaful?

Tafsiran syara’ ialah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.

* Takaful mengikut tafsiran syara’ ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.
* Ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, “Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit”.

Tujuan Takaful

Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.

* Menjaga kebajikan sosial
* Mewujudkan keharmonian sosial
* Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana,”The fortune many compensate the unfortunate few”.

Ciri – Ciri Takaful

Tiada unsur riba’Tiada unsur gharar (ketidakpastian)Tiada unsur maisir (judi)Ada tabarru’ (derma ikhlas)Ada perkongsian Al-Mudharabah (keuntungan)Akad yang dipersetujui.

* Tiada unsur riba]
* Tiada unsur maisir (judi)
* Tiada unsur gharar
* Ada perkongsian untung (Al-Mudharabah)


Technorati :

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.