Kemalangan Lagi… March 21, 2008
Posted by Hairi in Uncategorized.add a comment
Kemalangan yang berlaku di MRR2 dari Gombak ke Melati. Melibatkan sebuah kereta kancil sehingga kereta terbalik…
Keadaan Pemandu dan penumpang tidak diketahui. Kemalangan telah menyebabkan Lebuhraya MRR2 sesak teruk..
Keadaan kereta yang telah dibetulkan, kelihatan minyak silinder masih mengalir keluar dari bonet hadapan. Mutu gambar kurang memuaskan kerana diambil dalam hujan.
Kemalangan yang tidak Terduga March 20, 2008
Posted by Hairi in Uncategorized.add a comment
Tidak ada seorang pun diantara kita manusia yang waras menginginkan berlakunya sesuatu kemalangan atau bencana menimpa diri sendiri dan keluarga…
Namun malang tidak berbau…dibawah antara kemalangan yang berlaku untuk ingatan kita bersama…
Berlaku selepas fly over MRR2 selepas hotel Flaminggo dari Pandan Indah.
Berlaku di MRR2 dari Gombak ke Melati.
Berlaku dibawah MRR2 di Gombak
Selamat Menyambut “Maulidur Rasul” March 20, 2008
Posted by Hairi in Uncategorized.add a comment
Kepada semua pengunjung blog ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Menyambut Maulidur Rasul”. Marilah kita berbanyak berselawat ke atas Baginda Rasululluh S.A.W sempena hari keputeraan baginda ini.
Hukum Insuran Konvensional Dan Pelaburan Islam March 18, 2008
Posted by Hairi in Uncategorized.add a comment
Hukum Insuran Konvensional
Dan Pelaburan Islam
SOALAN
Assalamualaikum ustaz,
Saya tercari2 artikel @ soal jawab mengenai hukum insurance tapi tak jumpa. Walaupun saya banyak dengar pendapat tentang insurans haram, namun saya perlukan pendapat dari ustaz yang lebih pakar dalam hal ini dari sudut teknikal/syariah.
Apakah hukum insurans sebenarnya? Apakah syarikat xxxxxx sbg contoh, melaburkan sebahagian premium ke dalam dana berlandaskan syariah boleh dianggap islamic? Atau boleh ustaz simpulkan supaya saya dapat memulakan pelaburan yg diredhai Allah.
Terima kasih.
Budiman Abd. Rahman.
JAWAPAN UST ZAHARUDDIN
Secara ringkasnya, perbincangan hukum insuran telah dibincangkan begitu panjang lebar oleh para ulama’ tertutamanya di kalangan ulama’ Timur Tengah. Oleh kerana sistem Insuran ini suatu ciptaan yang dikira baru menurut zaman iaitu disekitar tahun 1666 m di London, sistem ini hanya menembusi dunia Islam Arab hanya sekitar 1830 M1. Ini dapat dilihat daripada fatwa pertama yang dikeluarkan oleh Al-Allamah Al-Syeikh Muhd Amin (Ibn ‘Abidin, wafat thn 1836 m @ 1252 H) Beliau merupakan fuqaha’ ulung bermazhab Hanafi di Syam dan dianggap cendikiawan Islam pertama yang mengeluarkan fatwa berkenaan Insuran. (Hasyiah Ibn ‘Abidin, Jilid 4, hlm 170)
Insuran Konvensional :
Ia adalah suatu kontrak perniagaan (business) dan termasuk dari kalangan Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu’awadat Maliah). Dimana ia mewajibkan syarikat Insuran membayar jumlah tertentu kepada pencarum insuran apabila berlaku beberapa jenis kemalangan @ musibah yg telah ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar-kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum. [1]
Kontrak Insuran ini mengandungi ciri-ciri berikut :
1. Redha di kedua-dua pihak (iaitu syarikat Insuran dan Pencarum). Ia ibarat satu kontrak perjanjian yang lengkap dan mengandungi aspek ijab & qabul.
2. Pihak yang memberi insuran ; Iaitu pihak syarikat Insuran.
3. Pencarum; iaitu individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat penjanjian dengan syarikat Insuran.
4. Yang menerima manfaat ; Iaitu seperti anak kepada individu atau isteri dan lain-lain.
5. Kebahayaan @ musibah ; Iaitu jenis-jenis musibah @ kemalangan yang diandaikan yang ditentukan di dalam kontrak, seperti kecurian, kebakaran, kecederaan, kematian dan lain-lain.
Bentuk Insuran ini adalah seperti :- Insuran Terhadap Musibah Menimpa Tubuh, Insuran Nyawa, Insuran Harta dan pecahannya (kereta, motor, rumah dan lain-lain), Insuran Kemalangan Jalanraya, Insuran Kerja dan lain-lain.
SALAH SATU SEBAB UTAMA INSURAN KONVENSIONAL MENJADI HARAM ADALAH RIBA
Ia adalah satu perbincangan ‘ilmiah dan sebenarnya memerlukan ‘basic knowledge’ tertentu yang agak kukuh untuk memahaminya dengan sempurna, bagaimanapun penulis akan cuba memudahkan dalil-dalil ini demi memberikan kefahaman semaksimum mungkin di kalangan pembaca. Selebihnya perlulah pembaca melakukan kajian dan rujukan kepada ilmuan Takhassus Fiqh di Universiti-universiti bagi mendapatkan penjelasan dengan lebih terperinci.
Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dalam bab ini, pembaca mestilah mempunyai ilmu asas berikut :-
a) Pembahagian kepada Aqad Mu’awadat (Pertukaran) & Tabarru’ah (Derma @ Sumbangan)
b) Riba & pembahagiannya
c) Syarat jual beli dalam Islam.
Menurut majoriti kumpulan ilmuan dan ulama Islam, Insuran konvensional ini adalah haram kerana terdapat Unsur Riba yang jelas di dalamnya. [2]
Huraian :- Riba jelas wujud, apabila syarikat insuran membayar jumlah tertentu kepada si pencarum yang terkena musibah. Ia dianggap riba kerana wang (dari pencarum) berbalas wang (dari syarikat) dengan jumlah yang berbeza, padahal wang merupakan item ribawi (usurious items) sebagaimana enam (6) item yg telah disebutkan Nabi di dalam hadithnya.
Nabi SAW telah mensyaratkan dengan jelas dan terang, apabila bermu’amalah di antara dua item ribawi yang sama jenis (contoh di sini adalah wang RM dari pencarum dengan wang RM dari syarikat insuran), ia mestilah terikat dengan syarat:
a. Sama Nilai (mathalan bi mathalin)
b. Diserahkan di ketika mu’amalah di lakukan. (yadan diyadin)
Syarat ini bersumber dari hadith :
” Jangan kamu jual emas dgn emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jgn kamu melebihkan salah satu darinya di atas yg lain..” ( Al-Bukhari & Muslim)
” Jangan kamu jual emas dgn pulangan emas, perak dengan pulangan perak kecuali (mestilah ia) dlm timbangan yg sama, nilaian yg sama..(Muslim)
Maka setiap perbezaan nilai (dalam item ribawi) di anggap Riba al-Fadl yang diharamkan (Tahrim Wasail). Apabila pencarum mendapat pulangan wang dengan jumlah berbeza maka berlakulah Riba al-Fadl ini. Iaitu TIDAK ADA KESAMAAN NILAI DALAM URUSNIAGA DUA ITEM RIBAWI.
Manakala pembayaran bertangguh dalam dua barangan Ribawi adalah Riba An Nasi’ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dlm al-Quran. Dalam hal insuran sudah tentulah berlaku penangguhan, iaitu apabila pencarum terkena musibah barulah akan dibayar jumlah tertentu. Inilah dinamakan Riba An-Nasiah. Prof. Dr Muhd Baltaji ( ulama besar di Univeristi Al-Qaherah – telah meninggal dunia) menjelaskan bahawa kontrak insuran ini sama sekali tidak boleh lari dari Riba An-Nasiah ini. Beliau juga menegaskan bahawa mana-mana hujah untuk lari dari anggapan riba ini adalah suatu helah yg tidak sah menurut pandangan syarak [3]. Justeru Insuran mempunyai kedua-dua jenis Riba.
Walaupun adakalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan dari carumannya bahkan hanya untuk merasa lebih selamat terhadap keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dan sebagainya, tetapi ia tetap dianggap Riba. Zahir urusniaga insuran tadi cukup untuk mengkategorikan ia sebagai riba, walaupun maksudnya tidak selari dengan riba yang sebenarnya (iaitu mencari untung). Berapa banyak kes yang telah ditemui, terdapat individu yang sengaja membakar kilangnya akibat perniagaan yang rugi bagi meraih wang insuran, pembunuhan ahli keluarga untuk mendapatkan wang insuran bernilai jutaan RM dan lain-lain.
Riba juga boleh berlaku dengan sangat jelas apabila wang caruman tersebut diperniagakan oleh syarikat insuran konvensional di dalam syarikat lain dengan kadar faedah tetap yang diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah), atau mana-mana syarikat yang bermu’amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang caruman tadi hasil simpanan wang tadi. Malah lebih teruk kiranya, syarikat insuran meletakkan wang itu di dalam syarikat yang melakukan urusniaga haram seperti arak, judi dan lain-lain.
SEBAGAI KESIMPULAN RINGKAS HURAIAN BAGAIMANA INSURAN KONVENSIONAL MENJADI HARAM ADALAH
Jawabnya, aqad adalah perkara utama yang diubah dalam hal ini. Insuran konvensional menggunakan aqad pertukran milik harta (Aqad Mu’awadat Maliah) yang mana ia menyebabkan ia dikira sebagai aqad jual beli. Maka sebagaimana yang perlu kita fahami, aqad jual beli memerlukan kejelasan dalam :
•1) Penjual
•2) Pembeli
•3) Benda yang dijual
•4) Harga
Dalam konteks insuran konvensional ia seperti berikut :-
Penjual : Syarikat insuran
Pembeli : Pencarum
Benda yang dijual : Jaminan kewangan jika terhadap musibah tertentu.
Harga : RM xxx setahun.
Dari empat rukun jual beli tersebut syarikat Insuran mempunyai masalah dalam bab benda yang dijual. Ini kerana apabila si pembeli membeli jaminan wang, ia dikira pertukaran matawang RM dengan RM. Ketika itu ia sepatutnya menuruti syarat yang telah ditetapkan oleh Baginda SAW iaitu serah terima dan jumlah yang sama. Bagaimanapun, hal ini sudah tentu tidak akan berlaku, kerana :-
-
a) Si pembeli (pencarum) akan meletakkan wangnya hari ini, dan jumlah RM jaminan itu pula hanya akan diberikan kemudian. Ini menyebabkan para ulama menganggapnya sebagai Riba Nasiah.
-
b) Si pembeli juga tidak tahu beraparakah nilai jaminan yang bakal diperolehinya. Walaupun nilaiannya telah dinyatakan dalam skim insuran ini, tetapi keperluan aqad jual beli memerlukan si pembeli mengetahui dengan tepat berapakah nilai yang akan diperolehinya. Maka sudah tentu ini tidak akan dapat diberitahu oleh syarikat kerana musibah belum berlaku. Justeru, di sini pula ia di anggap ‘Gharar’. Malah gharar juga dari sudut pembeli yang tidak pasti adakah tahun itu ia akan berlaku kemalangan dan memperolehi benda yang dibelinya.
-
c) Ia dianggap judi pula, kerana ia mempunyai elemen pertaruhan, iaitu meletakkan sejumlah wang bagi memperolehi sesuatu yang tidak pasti, dengan risiko wang yang diletakkan hangus atau tidak dikembalikan.
Pengharaman Insuran Konvensional ini tekah disepakati oleh para ulama antaranya :-
a. As-Syeikh Al-Allamah Muhd Amin Ibn Abidin (1836 M)
b. As-Syeikh Al-Imam Muhd Abu Zuhrah (Meninggal tahun 1972 M, Prof Syari’ah di Univ. Kaherah, dianggap ulama’ terulung dlm Ilmu Fiqh)
c. As-Syeikh Al-Imam Muhd ‘Abduh (menurut qawl yg lebih shohih)
d. As-Syeikh Muhd Bukhait al-Mut’ie (Bekas Mufti Mesir, meninggal 1935 M )
e. As-Syeikh Al-Allamah Ahmad Ibrahim al-Husayni (Fuqaha’ terulung Mesir & dianggap mujaddid Fiqh Mesir)
f. As-Syeikh Najm al-Din al-Wa’iz (Bekas Mufti Iraq)
g. As-Syeikh Muhd al-Ahmadi al-Zawahiri (Bekas Syeikh al-Azhar)
h. As-Syeikh Salim Matar al-Bisyri (Bekas Syeikh al-Azhar)
i. As-Syeikh Hasunah an-Nawawi (Bekas Syeikh al-Azhar)
j. As-Syeikh Abd Rahman Mahmud Qara’ah (Bekas Mufti Mesir)
k. As-Syeikh Prof. Dr Yusoff al-Qaradhawi (Ulama’ dan Da’ie terkemuka di dunia Islam hari ini, Prof. Syarih di Univ. Qatar)
l. Prof. Dr. Muhd Ali Salus (Prof. Fiqh di Univ. Qatar)
m. Prof. Dr. Muhd Othman Syabir (Prof. Fiqh di Univ. Jordan & Qatar)
n. As-Syeikh Prof. Dr Muhd Baltaji (Prof di Univ Kaherah kini, di anggap Fuhaqa’ teralim di ketika ini)
o. As-Syeikh Dr. Abdullah al-Qalqili (Bekas Mufti Jordan)
p. Prof. Dr Muhd Sulaiman Asyqar (Prof. Fiqh di Univ. Jordan & Ulama’ terkenal di Jordan kini)
q. Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli (Prof. Di Univ. Damshiq Syria, Ulama’ terkenal di dunia)
Perlu diingat bhw beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan para ulama’ terulung di seluruh dunia di beberapa kali diadakan, Kontrak Insuran juga telah diperbincangkan oleh mereka. Antara muktamar yg telah dilaksana :
1. Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali Pertama tahun 1976 M di Mekah. Peserta hampir 200 para ulama, Prof Syariah dan tokoh2 ekonomi.
Insuran adalah salah satu topik perbincangan mrk. Keputusan mrk adalah INSURAN JENIS PERNIAGAAN (KONVENSIONAL) ADALAH HARAM. Sebab utamanya adalah Riba & Gharar.
2. Majlis Kesatuan Ulama’ Besar bermesyuarat pada tahun 1977 M, di Arab Saudi. Keputusan : Insuran jenis Perniagaan adalah Haram.
3. Majma’ al-Fiqh al-Islami al-’Alami (Kesatuan Ulama Fiqh Dunia) bersidang pada tahun 1979 M di Mekah al-Mukarramah, Keputusan Majoriti: Insuran Jenis Perniagaan HARAM samada ke atas Barangan Perniagaan , Nyawa dan lain2 drpd jenis harta.
4. Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma’ al-Fiqh al-Islami) sekali lagi bersidang pada 28 Disember 1985 di Jeddah, juga memutuskan sekali lagi pengharaman Insuran Jenis Perniagaan.
Majma’ Fiqh juga secara ijma’ mengharuskan insuran jenis kerjasama (ta’awuni) dan mencadangkan ia sbg alternatif insuran perniagaan dan diseru seluruh umat Islam menggiatkannya di negara masing.
Justeru, pendapat jumhur kelihatan terlebih kuat daripada pandangan kumpulan kecil fuqaha’. Amat sukar untuk mendapat kewajaran bagi individu biasa bg menfatwakan sebaliknya setelah diulas sebegitu
PELABURAN ISLAM DENGAN DUIT INSURAN KONVENSIONAL
Adapun soalan berkenaan dengan dana yang terkumpul oleh syarikat insuran itu serta di laburkan ke pelaburan Islam serta mempunyai penasihat Shariah. Bagi saya, telah saya jelaskan bahawa sebelum melabur kita kena melihat terdahulu cara duit terkumpul itu dahulu, samada sah atau tidak dari sudut Shariah. Maka dalam hal ini, syarikat insuran konvensional mengumpul duit itu dengan cara yang tidak sah, justeru tatkala itu, pelaburan Islamnya juga tiada banyak ertinya menurut Islam. Ia tidak dapat lari dari syubhat, ini kerana mungkin terdapat wang dari hasil selain kumpulan wang insurannya disertakan bersama. Wallahu ‘alam.
Analogi mudah, seorang yang mencuri duit dan kemudian melaburkannya di dalam pelaburan Islam. Tatkala itu, tiada ertinya lagi pelaburan Islamnya itu. Hanya mengurangkan sedikit dosa sahaja. Kerana jika ia melabur di tempat haram, maka dosanya akan berganda kerana 1) curi 2) Melabur tempat haram.
Sekian
Ust Zaharuddin
5 Mac 2007
15 Safar 1428
[1]‘Uqud at-Takmin, Dr. Jamal Hakim, Jld 1, hlm 33
[2] Rujuk Al-Mu’amalah al-Maliah, Dr Uthman Syabir, Dar al-Nafais, cet ke 4, hlm 118 ; Fiqh al-Islami wa adillatuhu, Dr. Wahbah Az-Zuhayli, Jld 5, hlm 3423
[3]Rujuk ‘Uqud at-Takmin, hlm 111
Perbezaan Insuran Konvensional dan Takaful March 18, 2008
Posted by Hairi in Uncategorized.add a comment
Perbezaan Insuran
Konvensional & Takaful
Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?
Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu’awadah Maliah’ yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru’at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.
Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.
Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-
-
a) Tabarru’ dan Mudarabah
-
b) Wakalah dan Tabarru
Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )
1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru’
Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju’alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.
2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah
Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru’, pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.
Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru’) atau (wakalah).
Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual ;-
| Konvensional | Takaful |
| Kontrak Mu’awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan | Kontrak Tabbaru’ ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan. |
| Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran | Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim. |
| Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham) | * Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful. |
| * Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan. | |
| Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah | Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah. |
| Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan. | Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali |
| Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran. | Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum. |
| Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari ’surplus’ | Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum. |
Demikian penerangan ringkas saya.
Ust Zaharuddin Abd Rahman
17 Safar 1428 H = 7 Mac 2007
Dipetik dari Laman Web: http://www.zaharuddin.net/
Mufti Perak – Insurans Nyawa/Hayat selain Takaful adalah HARAM March 13, 2008
Posted by Hairi in Uncategorized.add a comment
Ahli Lembaga Pengawasan Syariah Takaful eTiQa February 27, 2008
Posted by Hairi in Uncategorized.add a comment
Berikut merupakan Ahli Lembaga Pengawasan Syariah Takaful eTiQa yang dilantik khusus untuk memantau dan memastikan pihak pengurusan Takaful sentiasa mengikut syarak dan tuntutan Islam samada untuk mewujudkan Pelan-pelan baru, Pelaburan dan semuanya.
Dato’ Seri (Dr) Haji Harussani bin Haji Zakaria (Chairman)
Assistant Professor Dr. Ismail bin Mohd @ Abu Hassan
Assistant Professor Dr Mohammad Deen bin Mohd Napiah
Mengapa perlu Takaful? February 27, 2008
Posted by Hairi in Uncategorized.add a comment
Takaful atau dalam bahasa kini boleh ditafsir sebagai Islamic Insurance. Ianya meliputi bukan sahaja perlindungan tetapi juga merupakan pelaburan dan simpanan kita untuk waktu-waktu mendatang. Sebagai seorang Islam kita wajib menyakini bahawa segala konsep dan pengajaran yang dibawa oleh Islam adalah yang terbaik buat kita samaada untuk terus hidup ataupun untuk menempuh alam kematian.
Mungkin pada waktu dulu, masih tiada cendikiawan Islam yang mendalami konsep dan seterusnya memperkenalkan konsep ini, tetapi kini Takaful adalah merupakan salah satu keperluan dalam hidup kita untuk bekalan hari akan datang yang masih tidak kita tahu hitam putihnya. Pada masa dulu ramai diantara orang-orang Islam mengunapakai konsep-konsep yang diperkenalkan oleh barat yang mana mengandungi perlbagai unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam yang kita anuti. Namun oleh kerana tidak wujud konsep insuran Islam pada masa itu, ianya boleh dianggap sebagai darurat dan tiada pilihan demi masa depan keluarga.
Dalam Islam, Rasulullah S.A.W amat mengambil berat kepada perlindungan, Baginda telah memperkenalkan Khirat Kematian demi untuk meringankan beban ahli keluarga Si Mati dalam menguruskan jenazah. Kita juga disaran supaya tidak mengambil mudah berkenaan nasib yang bakal ditanggung oleh ahli keluarga kita apabila kita sudah tiada kelak atau sudah hilang upaya nanti. Nasib ahli keluarga kita perlu kita sediakan dengan bekalan kepada mereka demi untuk mereka menjadikannya sebagai sumber saraan sementara untuk mengatur semula punca pendapatan keluarga kelak.
Kini, orang Islam wajib untuk menolak semua konsep atau sistem perlindungan lain khususnya konvensional. Ini kerana konsep perlindungan yang diamalkan oleh pihak insuran adalah konsep yang telah dibawa masuk dari negara barat dan mempunyai unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam, Orang Islam yang beriman seharusnya meninggalkan sistem insuran lama ini dan terus berhijrah untuk menggunakan konsep Islam yang halal dan lebih menguntungkan iaitu Takaful.
Mengapa Takaful?
Takaful merangkumi kesemua elemen-elemen untuk meningkatkan dan membantu ekonomi sesebuah keluarga, dengan Takaful anda boleh membuat perlindungan kepada keluarga jika ditimpa musibah dan hilang upaya. Jika berlaku sesuatu kematian, nasib dan masa depan ahli keluarga terbela tanpa melalui keadaan putus punca pendapatan keluarga yang mendadak dan mengejut.
Dengan Takaful anda juga akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti pelaburan walaupun secara tidak langsung. Wang sumbangan anda akan dilaburkan ke organisasi-organisasi dan perniagaan-perniagaan tertentu yang disahkan halal oleh Badan Pengawasan Syariah yang dilantik untuk tujuan mengawasi segala proses Takaful supaya tidak terpesong dari landasan Islam yang Suci.
Selain itu, wang sumbangan kita akan bertindak sebagai simpanan hari tua kita. Setelah mencapai sesuatu tempoh yang ditetapkan, iaitu tempoh perjanjian yang dipersetujui, dan anda tidak terlibat dalam sebarang kemalangan dan tidak berlaku kematian, maka wang anda akan dikembalikan mengikut syarat dan terma yang ditetapkan. Ini telah memberikan satu sumber untuk kita menampung kehidupan hari tua kita dengan hati yang lapang dan lega. Semuanya hasil dari tindakan anda sekarang menyertai Takaful.
Sesungguhnya konsep Takaful bukan merupakan sistem yang menyusahkan penyumbangnya tetapi bertujuan untuk membantu orang Islam khususnya untuk hidup lebih sempurna pada masa-masa mendatang. Sehingga bersambung..
Sekian.
Apa itu Takaful? February 27, 2008
Posted by Hairi in Uncategorized.add a comment
Apa itu Takaful?
Tafsiran syara’ ialah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.
* Takaful mengikut tafsiran syara’ ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.
* Ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, “Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit”.
Tujuan Takaful
Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.
* Menjaga kebajikan sosial
* Mewujudkan keharmonian sosial
* Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana,”The fortune many compensate the unfortunate few”.
Ciri – Ciri Takaful
Tiada unsur riba’Tiada unsur gharar (ketidakpastian)Tiada unsur maisir (judi)Ada tabarru’ (derma ikhlas)Ada perkongsian Al-Mudharabah (keuntungan)Akad yang dipersetujui.
* Tiada unsur riba]
* Tiada unsur maisir (judi)
* Tiada unsur gharar
* Ada perkongsian untung (Al-Mudharabah)
What is eTiQa? February 27, 2008
Posted by Hairi in Uncategorized.add a comment

Being Etiqa
Today, with the new identity and logo, we are dynamically progressive, changing both internally and externally to ensure that you, our valued stakeholder benefits from such changes. The name is unique, personified by our core brand idea of “Humanizing Insurance”. The logo is dynamic, daring and distinctive. Yet, it holds strong to basic family values with the face reflected and the “TQ” representing our appreciation to you. Its youthful enthusiasm is apparent in the mix of upper and lower case letters which also reflects the approachability and accessibility of our organisation to our customers. The yellow and black signifies the link to our parent company, Maybank and exemplifies our solid financial standing.
What it means to you?
However, we believe that this new name and logo symbolizes change. Not just physically, but internally as well. We have taken branding to heart and with the launch of this new identity, we have changed to ensure that we are able to be better for you, to serve you better, to develop better products for you and most importantly, to just be there for you. Let us assure you that the policies that you currently have are still valid and are only affected by a change in its name, where it will be more reflective of the new brand. For all of us here at Etiqa, we believe in living our new brand and we are confident that you will enjoy the experience of a new world of Etiqa.
Source by etiqa.com.my



