jump to navigation

Mengapa perlu Takaful? February 27, 2008

Posted by Hairi in Uncategorized.
trackback

Takaful atau dalam bahasa kini boleh ditafsir sebagai Islamic Insurance. Ianya meliputi bukan sahaja perlindungan tetapi juga merupakan pelaburan dan simpanan kita untuk waktu-waktu mendatang. Sebagai seorang Islam kita wajib menyakini bahawa segala konsep dan pengajaran yang dibawa oleh Islam adalah yang terbaik buat kita samaada untuk terus hidup ataupun untuk menempuh alam kematian.

Mungkin pada waktu dulu, masih tiada cendikiawan Islam yang mendalami konsep dan seterusnya memperkenalkan konsep ini, tetapi kini Takaful adalah merupakan salah satu keperluan dalam hidup kita untuk bekalan hari akan datang yang masih tidak kita tahu hitam putihnya. Pada masa dulu ramai diantara orang-orang Islam mengunapakai konsep-konsep yang diperkenalkan oleh barat yang mana mengandungi perlbagai unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam yang kita anuti. Namun oleh kerana tidak wujud konsep insuran Islam pada masa itu, ianya boleh dianggap sebagai darurat dan tiada pilihan demi masa depan keluarga.

Dalam Islam, Rasulullah S.A.W amat mengambil berat kepada perlindungan, Baginda telah memperkenalkan Khirat Kematian demi untuk meringankan beban ahli keluarga Si Mati dalam menguruskan jenazah. Kita juga disaran supaya tidak mengambil mudah berkenaan nasib yang bakal ditanggung oleh ahli keluarga kita apabila kita sudah tiada kelak atau sudah hilang upaya nanti. Nasib ahli keluarga kita perlu kita sediakan dengan bekalan kepada mereka demi untuk mereka menjadikannya sebagai sumber saraan sementara untuk mengatur semula punca pendapatan keluarga kelak.

Kini, orang Islam wajib untuk menolak semua konsep atau sistem perlindungan lain khususnya konvensional. Ini kerana konsep perlindungan yang diamalkan oleh pihak insuran adalah konsep yang telah dibawa masuk dari negara barat dan mempunyai unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam, Orang Islam yang beriman seharusnya meninggalkan sistem insuran lama ini dan terus berhijrah untuk menggunakan konsep Islam yang halal dan lebih menguntungkan iaitu Takaful.

Mengapa Takaful?

Takaful merangkumi kesemua elemen-elemen untuk meningkatkan dan membantu ekonomi sesebuah keluarga, dengan Takaful anda boleh membuat perlindungan kepada keluarga jika ditimpa musibah dan hilang upaya. Jika berlaku sesuatu kematian, nasib dan masa depan ahli keluarga terbela tanpa melalui keadaan putus punca pendapatan keluarga yang mendadak dan mengejut.

Dengan Takaful anda juga akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti pelaburan walaupun secara tidak langsung. Wang sumbangan anda akan dilaburkan ke organisasi-organisasi dan perniagaan-perniagaan tertentu yang disahkan halal oleh Badan Pengawasan Syariah yang dilantik untuk tujuan mengawasi segala proses Takaful supaya tidak terpesong dari landasan Islam yang Suci.

Selain itu, wang sumbangan kita akan bertindak sebagai simpanan hari tua kita. Setelah mencapai sesuatu tempoh yang ditetapkan, iaitu tempoh perjanjian yang dipersetujui, dan anda tidak terlibat dalam sebarang kemalangan dan tidak berlaku kematian, maka wang anda akan dikembalikan mengikut syarat dan terma yang ditetapkan. Ini telah memberikan satu sumber untuk kita menampung kehidupan hari tua kita dengan hati yang lapang dan lega. Semuanya hasil dari tindakan anda sekarang menyertai Takaful.

Sesungguhnya konsep Takaful bukan merupakan sistem yang menyusahkan penyumbangnya tetapi bertujuan untuk membantu orang Islam khususnya untuk hidup lebih sempurna pada masa-masa mendatang. Sehingga bersambung..

Sekian.


Technorati :

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: